top of page

Coach Herry

072e380d-b97a-46fd-909c-a99d368fac69.jpg

Coach Herry, berasal dari Tawau, Sabah, bertugas sebagai School Improvement Special Coach (SISC+) TEKNIK & VOKASIONAL di Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru. Beliau memiliki Ijazah dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari University of Exeter dan telah mengikuti program pendek untuk Diploma Sains Sukan & Kejurulatihan Sukan Antarabangsa dari United States Sports Academy pada tahun 2014. Cikgu Herry telah memenangi pingat gangsa dalam Anugerah Young Arts dari British Arts Council semasa belajar di United Kingdom. Beliau sangat berminat dalam bidang pengkomputeran dan media massa, aktif menulis blog, membina laman web (mudahmengajar.com), portal CPD (Mudah Mengajar VIP) untuk guru, dan rancangan podcast audio (MM Show). Beliau juga menguruskan pelbagai saluran media sosial termasuk TikTok, Youtube Shorts, dan Instagram, selain daripada saluran Youtube. Cikgu Herry sentiasa meningkatkan kemahiran diri dengan memperoleh pelbagai sijil kemahiran pendidik seperti Google Certified Educator, Microsoft Innovative Educator, Apple Teacher, Flipgrid Certified Educator, Kahoot Gold Teacher, EdPuzzle Teacher, Acer Chromebook Teacher, dan Quizizz Ai Certified Educator. Sepanjang perkhidmatan, Cikgu Herry telah memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Emas Inovasi SISC+ Peringkat Kebangsaan 2018, Pegawai Inovatif 2018, dan Anugerah JU Edidik Paling Popular 2019, serta dianugerahkan Adiwira ICT Johor 2019. Selain daripada itu, beliau sering berkongsi pengetahuan dari peringkat daerah hingga antarabangsa dan memikul tanggungjawab sebagai JU KBAT dan TS25 negeri, serta Ketua Jawatankuasa Teknikal untuk program-program SISC+ peringkat kebangsaan. Dalam penerbitan, beliau telah menghasilkan lebih daripada 150 ebook dan lebih daripada 5000 unit ebook telah terjual. Beberapa buah ebook beliau bakal terbit dalam bentuk fizikal sekitar bulan November 2021. Cikgu Herry berpengalaman sebagai hakim dan juri untuk beberapa pertandingan di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. Baru-baru ini, beliau dilantik sebagai Duta E-Learning i-Guru Malaysia 2021. Beliau adalah pengasas kepada mudahmengajar.com, sebuah blog pembelajaran abad ke-21, dan Group Telegram Mudah Mengajar, yang kini sudah mencecah 20,305 ahli (2021), dicipta untuk mempromosikan perkembangan teknologi dalam pdpc serta kemahiran TMK di kalangan pendidik. Dengan kepakaran dan usahanya, beliau telah dijemput untuk mengadakan bengkel dan seminar di seluruh negara.

Kemahiran dan pensijilan:

  • Magic School Ai Pioneer

  • Magic School Ai Certified Educator Level 1-3

  • Google Certified Educator

  • Kahoot Gold Teacher

  • Quizizz Ai Certified Educator

  • Quizizz Certified Game Changer

  • Classpoint Certified Trainer

  • Wakelet Community Leader

  • Apple Teacher

  • Microsoft Innovative Educator

  • Flipgrid Certified Educator

  • Artificial Intelligence for Business

  • Artificial Intelligence (AI)

  • Generative AI

  • ChatGPT

  • Microsoft 365

  • Natural Language Processing (NLP)

  • Search Engine Technology

  • Employee Learning & Development

  • Business Strategy

  • Computer Ethics

  • Integrating Generative AI into Business Strategy

Pengasas:

  • Mudah Mengajar

  • MM Edu Legacy

  • Co-Pilot Cikgu

  • MM Book Club

  • Buat Ebook & Jual

  • Lead Ai

  • Tarbiyah Ai

  • Sports Ai

  • School Trainers

  • Fast Writers

  • EduTank

MM EDU LEGACY

33-01, Jalan Austin Height 8/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor.

muhsinmuhsinin@mudahmengajar.com

0193048070

SSM: 202303265810 (CT0128352-W)

bottom of page