CIKGU HERRY

Salam Semua

Beliau kini di Kulai, Johor. Berasal dari Tawau, Sabah. Bertugas sebagai Rakan Pembimbing Pedagogi Guru (SISC+) di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai. Telah berkahwin dan dikurniakan dengan2 orang cahaya mata. Pernah menjadi seorang guru Bahasa Inggeris selama 5 tahun di SK Taman Indahpura 1. Mendapat pendidikan awal di SK Tanjung Batu dan seterusnya di SMK Tawau. Menjadi pelatih guru di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa selama 6 tahun, program berkembar dengan University College of St Mark & St John, Plymouth, United Kingdom. Beliau memiliki Google Certified Educator Level 1 dan mahir dalam mengendalikan aplikasi Google untuk pendidikan.

mudahmengajar.com

Saya adalah pengasas mudahmengajar.com. Ia adalah sebuah laman blog yang direka khas untuk berkongsi ilmu dan dapatan PdPc abad ke 21. Dalam blog ini juga dikongsikan tips-tips serta panduan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan sehingga mencecah 600K pembaca (sehingga September 2017).

Bengkel / Seminar

Berbekalkan perkongsian saya di laman blog ini, saya mendapat banyak permintaan untuk menganjurkan bengkel dan seminar. Dengan adanya program-program sedemikian, saya dapat tunjukkan secara praktikal bagaimana untuk mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan selaras dengan keperluan PdPc abad ke 21. Sehingga hari ini, saya telah menjayakan bengkel di UTM, SMk Sungai Bayor, SK Sungai Limau, PPD Kuala Langat, SK Sinar Bahagia, Sekolah Rendah Islamiyah Masai, INSPIN Alor Setar dan banyak lagi.

Hubungi saya: