Pembelajaran Koperatif

Definisi

Pembelajaran koperatif ialah aktiviti pembelajaran yang melibatkan 4 kemahiran abad ke 21 murid iaitu komunikatif, kolaboratif, berfikiran kritis serta kreatif.

Murid membincangkan sesuatu topik dalam kumpulan. Hasil dapatan dipersembahkan dengan kad manila atau kertas mahjong. Pembentangan ditampal pada dinding. Murid bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan lain untuk melihat hasil perbincangan.

Murid dalam kumpulan bermain kad. Mereka bergilir-gilir mengambil peranan. Murid menjawab soalan dan berbincang.

Murid berbincang dan berkomunikasi untuk mencari padanan pada maklumat mereka.

Murid secara berpasangan berlumba dan bergilir-gilir untuk berbalas respon dengan satu perkataan saja dalam masa yang ditetapkan.

Murid berbincang cara berpasangan. Kemudian, mereka cari pasangan yang baru dan berkongsi hasil perbincangan dengan pasangan yang baru.

Murid berbincang dalam kumpulan. 3 orang bergerak ke kumpulan lain untuk mencatat hasil perbincangan kumpulan-kumpulan lain. Seorang kekal untuk bersedia membentang kepada kumpulan-kumpulan lain pula.

Semua murid dalam kumpulan diberikan satu chip (dalam bentuk penutup botol, batang ais krim dan yang bersesuaian). Sesiapa sahaja yang sudah mengemukakan idea perlu meletakkan chip itu di tengah dan tidak boleh bercakap lagi.

Murid mencari padanan maklumat dalam bentuk yang sangat komunikatif.