VIDEO PdPc Mengikut Aspek dalam SKPMg2

Penting untuk guru menguasai rubrik Standard 4 SKPMg2 agar mendapat markah penskoran yang tinggi. Dengan ini, dikongsikan beberapa video sebagai panduan PdPc yang cemerlang.

Soalan KBAT/HOTS Dalam PdPc

Setelah memahami apa itu KBAT dan keperluannya kepada murid dalam pendidikan, mari kita lihat pula KBAT dalam PdPc guru.

Kronologi Dalam PdPc

Perancangan PdPc yang baik menentukan tahap kualiti pembelajaran. Adalah penting untuk mengetahui kronologi dalam PdPc agar pembelajaran yang ebrlangsung itu lancar serta teratur dalam masa yang ditetapkan.

31 Cara Mengawal Murid Dalam Kelas

Mengawal murid penting bagi memastikan kelancaran PdPc. Mengikut pengalaman dan perkongsian saya bersama rakan-rakan guru, berikut ialah antara teknik mengawal murid yang boleh dibuat.

Apps Untuk PdPc (Edisi Jun 17)

Setiap awal bulan, mudah mengajar akan berkongsi dengan anda beberapa aplikasi telefon pintar yang boleh dimanfaatkan untuk memperkasa PdPc. Kali ini, kami kongsikan kepada anda 7 apps yang cukup menarik.

18 June 2017

PANDUAN Membuat Rumusan / Penutup PdPc


Rumusan atau penutup penting dalam PdPc sebagai petunjuk kepada hala tuju pembelajaran murid. Pada peringkat ini, murid diberikan maklumbalas secara menyeluruh tentang pencapaian mereka, bagaimana pembelajaran mereka boleh diperbaiki dan langkah seterusnya. Berikut ialah fakta penting tentang rumusan atau penutup yang juga dikenali sebagai kesimpulan dalam PdPc.

Fungsi rumusan / penutup:
1. Memberi gambaran keseluruhan pembelajaran murid.
2. Memberi maklum balas kepada tahap pembelajaran atau penguasaan murid.
3. Menyemak objektif pembelajaan.
4. Memberi peringatan kepada isi-isi utama.
5. Membuat perkaitan pembelajaran dengan kehidupan seharian.
6. Membuat perkaitan kepentingan pembelajaran ini kepada PdPc seterusnya.
7. Aktiviti pengayaan atau pengukuhan.

Contoh aktiviti-aktiviti rumusan / penutup:
1. Nyanyian
2. Sajak
3. Chants
4. Exit ticket
5. Peta iThink
6. Mini Quiz
7. Soal jawab
8. Perbincangan nilai murni



Nota tambahan:
1. Tiada penilaian pembelajaran dibuat pada peringkat ini. Aktiviti hanyalah sebagai pengukuhan.

2. Berlangsung tidak lebih daripada 5 minit (cadangan). 

Kesan jika penutup atau rumusan tidak dibuat:
1. Pembelajaran tergantung dan tiada hala tuju.

2. Murid tidak dapat melihat susun galur pembelajaran mereka.
3. Tiada interaksi antara guru dengan murid.
4. Fungsi pembelajaran secara holistik tidak dapat dicapai.
5. Isi utama yang perlu dikuasai murid tidak dapat dikenalpasti. 

JOIN TELEGRAM mudah mengajar: t.me/mudahmengajar
LIKE FB mudah mengajar:
fb.me/mudahmengajar

16 June 2017

Masalah Malas Belajar dan Cara Mengatasi


1. Sibuk bermain
Ambil mainan itu dan janji untuk dipulangkan setelah PdPc selesai.

2. Mengantuk
Murid tak cukup rehat. Minta murid basuh muka atau minum air. Kerap buat hands signal dan cheers supaya murid sentiasa alert. Percepatkan fasa pembelajaran.

3. Buat kerja lain
Minta murid kongsikan apa kerja lain yang sibuk dibuat itu. Boleh juga guru berjanji untuk bantu/pandu mereka buat jika tumpuan diberikan kepada PdPc sekarang. Murid jadi kalut siapkan kerja rumah subjek lain sebab takut kena marah. Jika guru pun marah mereka masa itu, murid bertambah 'stressed' dan hilang motivasi kerana berada dalam keadaan panik.

4. Tak dengar apa cikgu cakap
Bila murid tak dengar maka mereka tak faham. Bila tak faham maka tak tahu nak buat apa. Jadi pastikan guru menyemak kefahaman murid dengan mereka mengulang atau menunjukkan contoh cara sesuatu tugasan dibuat. Bagi guru yang memang sukar untuk melontar suara, gunakan mic atau bergerak dari satu kawasan ke sau kawasan dalam kelas agar semua murid boleh dengar.

5. Tak faham apa cikgu cakap
Samada kerana ayat yang dinyatakan berbelit, laras bahasa yang tinggi ataupun kerana kekangan bahasa. Oleh itu, ulang-ulang pernyataan, guna bahasa yang mudah, minta murid terangkan semula maksud arahan guru. Selain itu bagi subjek bahasa kedua / asing, gunakan gambar, 'gestures' dan mungkin sedikit terjemahan jika perlu. 

6. Rasa tak BEST
Murid rasa tak best sebab tak nampak keperluan nak belajar topik tersebut. Terangkan kepada murid bagaimana apa yang dipelajari sekarang ada kaitan dengan kehidupan seharian. Kaitkan dengan contoh-contoh situasi sebenar.

7. Sebu dan sendu
Masa terakhir memang semua orang rasa mengantuk dan lemah je. Biasalah tengah hari kan. Banyakkan aktiviti permainan, pergerakan daripada individu, pair work, kumpulan, mini quiz dan murid sentiasa respon kepada TPR, ataupun pergerakan fizikal. Harus diingat juga 10 minit terakhir dah masuk fasa rumusan atau penutup. Kalau tidak memang PdPc syok sendiri :(

8. Soalan susah
Ketika murid menjawab soalan, mereka boleh hilang motivasi jika soalan agak susah. Permudahkan soalan atau beri pencerahan. Berikan bimbingan yang sewajarnya. Kadang-kadang murid masih berada pada 'recognition and knowledge' level jadi mereka masih perlukan teks atau rujukan untuk mendapatkan jawapan. Agak tak logik hari ini masuk kelas dan terus boleh hafal semua nota. 

9. Bosan
Bosan berpunca daripada banyak sebab. Situasi yang selalu berlaku ialah murid perlu mendengar ucapan guru terlalu lama. Mulakan dengan aktiviti dan sambil itu guru bercakap. Atau jika perlu bercakap dan murid semua mendengar, lakukan pergerakan hatta dengan menulis di papan putih. Lebih baik jika tunjukkan gambar, kemudian video, kemudian guru ajak murid bergerak dan pelbagai lagi strategi. Hal ini dapat memanjangkan attention span murid.

10. Asyik kena dengar cakap cikgu
Di penghujung hari, murid yang belajar. Jadi buatkan aktiviti yang banyak meminta mereka menyumbangkan contoh, idea, menceritakan pengalaman mereka serta membuat pembentangan.

11. Tak rugi pun tak belajar
Kadang-kadang murid tidak nampak apa yang mereka rugi jika tidak belajar pada hari ini. Oleh itu, gunakan reverse psychology dengan motivasikan mereka apa mereka dapat jika mereka belajar pada hari ini.

12. I'm a loser
Bila murid dah down, mereka rasa mereka tiada harapan.
Cikgu boleh buat gamifikasi dengan mereka boleh nampak mereka ada progress dalam pembelajaran dan kumpulan mereka menang. Ciri-ciri gamifikasi ialah; learning goals, competitiveness, upgrades dan rewards.

13. Saya memang tak pandai
Tujuan PdPc dijalankan ialah untuk merangsang potensi pembelajaran murid. Oleh itu semua murid perlu diberikan galakan, ganjaran dan pujian atas perkembangan mereka. Biar murid rasa mereka hebat dan maju jaya.

14. Tiada siapa nak belajar dengan saya
Murid boleh rasa terpinggir kerana menganggap diri mereka tidak setanding dengan rakan lain. Oleh itu, gunakan pelbagai strategi seperti role cards, group competition dan gamification, pasti murid berusaha untuk bantu antara satu sama lain.

15. Susah nak belajar sebab saya asyik duduk kat hujung sahaja
Ubah kedudukan murid sekali sekala atau rotate. Beri keadilan kepada semua murid agar mereka rasa suasana pembelajaran itu sentiasa dinamik.

16. Aktiviti yang sama sahaja
Hari ni buat kahoot, esok Kahoot lagi, tulat Kahoot lagi! Ubah aktiviti pembelajaran dan juga ubah lokasi jika perlu. Murid akan dapat kepelbagaian dan susah untuk mereka untuk menjangka hari ini belajar dengan cara yang bagaimana.

17. Tak boleh bayangkan
Itulah sebab perlunya Bahan Bantu Mengajar / Belajar. Tidak semua yang kita cakap murid boleh bayangkan bagaimana bentuk atau situasi sesuatu itu. 

18. Tiada peranan, biarlah orang lain buat
Dalam kumpulan, pastikan ahlinya tidak terlalu ramai. Maksimum ialah 5. Selain itu beri peranan seadilnya kepada murid agar tiada yang dominan. Gunakan talking chips atau role cards.

Itulah sedikit sebanyak situasi yang kerap berlaku dalam kelas. Jika anda berdepan dengan situasi selain daripada di atas, sila kongsikan kepada kami.

14 June 2017

Aktiviti HOTS/KBAT



Pelbagai aktiviti KBAT/HOTS yang boleh kita buat dalam kelas. 

1. Troubleshooting / Error Detection & Solution
Murid diberikan satu situasi di mana suatu formula lengkap tidak menjadi. Terdapat kesilapan di mana-mana bahagian dan murid perlu mencari puncanya. Kemudian  murid selesaikan kesilapan itu.

2.Poster
Murid membuat poster untuk mempromosikan sesuatu lengkap dengan details dan maklumat yang perlu.
3. Debat
Murid berbalas hujah antara kumpulan berkenaan sesuatu tajuk.  

4. Jualan
Murid perlu menjual sesuatu dan mereka diberikan peluang untuk mencuba pelbagai strategi dalam konteks yang ditentutkan oleh guru.

5. Projek
Murid diberikan sesuatu projek dan mereka perlu merancang perjalan projek tersebut daripada pemilihan AJK, kepada peruntukan, takwim, promosi dan seterusnya.

6. Infografik
Murid perlu menyampaikan maklumat terutamanya fakta dalam bentuk gambar rajah yang menarik dan berwarna warni. Boleh cuba canva.com

7. Movies
Murid perlu merakamkan lakonan situasi luar PdPc  mengaplikasikan  pembelajaran hari itu.

8. Sketsa / Drama
Murid melakonkan situasi sebenar bagaimana topik dipelajari dapat digunakan dalam kehidupan seharian. Murid juga seolah-seolah menerangkan konsep atau formula dalam bentuk drama. Boleh contohi program Science Show yang saban tahun dianjurkan oleh Petrosains.


9. Padlet
Murid bekerjasama mencari bahan audio, gambar, video dan nota dan kemudian memeprsembahkan maklumat dalam bentuk noticeboard digital yang menarik.


10. FrogVLE site
Murid menyusun maklumat dalam bentuk pelayaran laman web yang boleh diakses semua orang.

11. Flashback
Diberikan satu situasi dan murid boleh menerangkan bagaimana hal ini berlaku.  Murid boleh gunakan teknik garisan masa. Dari satu dot ke satu dot, guru akan memprovokasi murid dengan beberapa persoalan.

12. Forum
Bual bicara oleh murid dengan sorang murid menjadi moderator. Ahli panel yang lain memegang jawatan tertentu.

13. Tutorial
Murid membuat satu tutorial samada dalam bentuk cetakan, ebook atau vide menunjukkan bagaimana sesuatu proses itu berlaku.

14. Podcast
Murid merakamkan satu olahan nota yang berkesan dalam bentuk audio dan mereka perlu mempromosikan nota itu dengan cara yang kreatif.

15. Gamification
Murid diberikan beberapa alat dan peruntukan markah untuk mereka satu permainan berdasarkan tajuk yang diajar. . Kemudian mereka mencipta peraturan permainan dengan mempertimbangkan markah bagi setiap soalan, bentuk ganjaran, jenis tugasan, penalti dan sebagainya. Kemudian murid akan mempsersembahkan permainan mereka kepada rakan-rakan sebagain pemain.


16. Scrap Book
 Murid membuat buku skrap. Ini adalah umpama Padlet bentuk manual.

17. Chain Writing
Seorang murid menulis satu ayat dan ayat seterusnya disambung oleh murid lain. Hal ini berterusan sehingga semua murid selesai menulis ayat dan hasilnya dibentangkan.

18. Bahan bantu belajar
Murid membina satu bahan yang boleh mereka gunakan untuk menerangkan sesuatu konsep. Contohnya model akuarium, model planet, proses kondensasi dan sebagainya.

19.Google Slide
Google Slide digunakan untuk murid mempersembahkan sesuatu konsep dan buat pembentangan 'keynote'. Selain daripada hasil kumpulan yang berbeza, keseluruhan kelas juga boleh bekerjasama mengkasilan satu powerpoint untuk sesuatu konsep secara keseluruhannya.

20. A Million Ringgit Idea
Murid diberikan tajuk dan dalam kumpulan masing-masing, mereka harus menghasilkan satu produk yang dapat dihasilkan daripada tajuk atau konsep tersebut. Kemudian, hasil mereka dipersembahkan kepada kelas lain dan murid akan undi dan pemenang diberikan ganjaran berbentuk 'mock cheque'.

Untuk perbincangan, join: t.me/mudahmengajar
Atau like Facebook: fb.me/mudahmengajar

Terima kasih. Selamat mencuba =)

12 June 2017

Dokumen Standard Kurikulum Prestasi KSSM

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PRESTASI (DSKP)
KSSR


https://www.facebook.com/escarvesHQ
Tudung eScarves

Join Group Telegram:
t.me/mudahmengajar
Like Mudah Mengajar Facebook Page:
fb.me/mudahmengajar
TING 1
TING 2
TING 3
Al-Syariah KBD

Maharat al-Quran KBT

Sejarah

Pendidikan Moral

Al-lughah al-arabiah al-mu'asirah KBD

USUL AL-DIN KBD

BAHASA ARAB

Seni Muzik (Sekolah Seni)

Seni Tari (Sekolah Seni)

Seni Teater (Sekolah Seni)

Pendidikan Muzik

Seni Visual (Sekolah Seni)

Pendidikan Seni Visual

Reka Bentuk dan Teknologi

DSKP KSSM PJPK Tingkatan 1

Matematik

Sains

DSK HIFZ AL-QURAN KBT TINGKATAN 1

BAHASA IBAN

BAHASA CINA

BAHASA TAMIL

BAHASA JERMAN

BAHASA KADAZANDUSUN

BAHASA MELAYU

BAHASA SEMAI

BAHASA PERANCIS

BAHASA INGGERIS

BAHASA JEPUN

DSKP KSSM Tingkatan 1 Asas Sains Komputer

DSKP KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1
Al-Syariah KBD

Hifz al-Quran KBT

Maharat al-Quran KBT

Al-lughah al-arabiah al-mu'asirah KBD

Usul al-din KBD

DSKP KSSM PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

DSKP KSSM SEJARAH TINGKATAN 2

DSKP KSSM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

DSKP KSSM BAHASA CINA TINGKATAN 2

DSKP KSSM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 2

DSKP KSSM BAHASA MELAYU TINGKATAN 2

DSKP KSSM PENDIDIKAN MUZIK TINGKATAN 2

DSKP KSSM BAHASA JERMAN TINGKATAN 2

DSKP KSSM BAHASA PERANCIS TINGKATAN 2

DSKP KSSM BAHASA TAMIL TINGKATAN 2

DSKP KSSM GEOGRAFI TINGKATAN 2

DSKP KSSM ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2

DSKP KSSM BAHASA ARAB TINGKATAN 2

DSKP KSSM MATEMATIK TINGKATAN 2

DSKP KSSM BAHASA JEPUN TINGKATAN 2 日本語第2

DSKP KSSM BAHASA KADAZANDUSUN TINGKATAN 2

DSKP KSSM BAHASA IBAN TINGKATAN 2

DSKP KSSM SAINS TINGKATAN 2

DSKP KSSM PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 2

DSKP KSSM REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TINGKATAN 2

DSK KBD AL-LUGHATUL AL-ARABIAH AL-MU'ASIRAH TINGKATAN 3

DSK KBD AL-SYARIAH TINGKATAN 3

DSK KBD USUL AL-DIN TINGKATAN 3

DSK HIFZ AL-QURAN KBT TINGKATAN 3

DSK MAHARAT AL-QURAN KBT TINGKATAN 3
TING 4
TING 5
Sains Sukan

Perniagaan

Asas Kelestarian

Reka Cipta

Grafik Komunikasi Teknikal

Sains Rumah Tangga

Pertanian
Sejaran F5

Reka Cipta

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Inggeris Tingkatan 5

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Cina Tingkatan 5

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Tamil Tingkatan 5

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Jerman Tingkatan 5

Spesifikasi Kurikulum Matematik

Spesifikasi Kurikulum Matematik Tambahan

Curriculum Specifications Additional Mathematics

Spesifikasi Kurikulum Sains Tambahan

Spesifikasi Kurikulum Kimia

Spesifikasi Kurikulum Fizik

Spesifikasi Kurikulum Biologi

Curriculum Specifications Additional Science

Curriculum Specifications Science

Curriculum Specifications Physics

Curriculum Specifications Chemistry

Curriculum Specifications Biology

Spesifikasi Kurikulum Sains

Curriculum Specifications Mathematics