
.png)
CIKGU HERRY

Salam Semua
Cikgu Herry berasal dari Tawau, Sabah. Beliau bertugas sebagai School Improvement Special Coach (SISC+) TEKNIK & VOKASIONAL di Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru. Beliau memiliki Ijazah dalam Teaching English As A Second Language (TESL) dari University of Exeter. Beliau juga sempat mengikut program pendek Diploma Sains Sukan & Kejurulatihan Sukan Antarabangsa, United States Sports Academy 2014. Pernah memenangi pingat gangsa Anugerah Young Arts Awards daripada British Arts Council semasa menuntut di United Kingdom. Merupakan seorang yang sangat meminati dunia pengkomputeran dan media massa, beliau rajin menulis blog, membina laman web (mudahmengajar.com), portal CPD (Mudah Mengajar VIP) untuk guru serta rancangan audio podcast (MM Show). Beliau juga mempunyai pelbagai saluran media sosial seperti TikTok, Youtube Shorts dan Instagram selain daripada Youtube Channel. Beliau rajin meningkatkan kemahiran diri dengan pelbagai sijil kemahiran pendidik seperti Google Certified Educator, Microsoft Innovative Educator, Apple Teacher, Flipgrid Certified Educator, Kahoot Gold Teacher, EdPuzzle Teacher dan Acer Chromebook Teacher. Sepanjang perkhidmatan beliau, Cikgu Herry telah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Emas Inovasi SISC+ Peringkat Kebangsaan 2018, Pegawai Inovatif 2018 dan Anugerah JU Edidik Paling Popular 2019. Beliau juga dianugerahkan Adiwira ICT Johor 2019. Selain daripada selalu membuat perkongsian daripada peringkat daerah hingga antarabangsa , beliau juga menggalas tanggungjawab menjadi JU KBAT dan TS25 negeri malah beliau juga merupakan Ketua Jawatankuasa Teknikal untuk program-program SISC+ peringkat Kebangsaan. Dalam penerbitan, beliau telah menghasilkan lebih 150 ebook dan lebih 5000 unit ebook telah terjual. Beberapa buah ebook beliau bakal terbit dalam bentuk fizikal sekitar bulan November 2021. Berpengalaman terlibat sebagai hakim dan juri untuk beberapa pertandingan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Terkini, beliau dilantik sebagai Duta E-Learning i-Guru Malaysia 2021.
mudahmengajar.com
Beliau adalah pengasas kepada mudahmengajar.com, satu blog pembelajaran abad ke 21. Dalam blog ini, pelbagai pengalaman, pandangan serta idea-idea terkini untuk pdpc serta teknologi pendidikan dikongsikan. Oleh sebab sambutan hangat diterima, Group Telegram Mudah Mengajar telah ditubuhkan untuk menggiatkan perkongsian secara maya antara guru-guru seluruh Malaysia. Kini ia sudah mencecah 20,305 orang ahli. Group ini diwujudkan untuk memacu perkembangan teknologi dalam pdpc serta kemahiran TMK di kalangan pada pendidik. Dengan kepakaran dan usaha beliau, beliau telah dijemput untuk mengadakan bengkel dan seminar di seluruh negera.
Bengkel / Seminar
Berbekalkan perkongsian saya di laman blog ini, saya mendapat banyak permintaan untuk menganjurkan bengkel dan seminar. Dengan adanya program-program sedemikian, saya dapat tunjukkan secara praktikal bagaimana untuk mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan selaras dengan keperluan PdPc abad ke 21. Sehingga hari ini, saya telah menjayakan bengkel di UTM, SMk Sungai Bayor, SK Sungai Limau, PPD Kuala Langat, SK Sinar Bahagia, Sekolah Rendah Islamiyah Masai, INSPIN Alor Setar dan banyak lagi.